Then, copy the tag below and paste it between the body tags () of all of your AMP pages

Kalau tersilap langkah, bukan emas yang kita dapat tapi HUTANG dan KERUGIAN yang jadi PENGAJARAN mahal. Nak tahu siapa patut simpan emas ? Klik di bawah.

 

Ramai anak muda mempunyai wang ketika zaman IPT — daripada biasiswa, elaun atau kerja sambilan. Namun selepas tamat pengajian, ramai masih belum mempunyai simpanan kukuh untuk memulakan kehidupan sendiri atau membina masa depan.

Isunya bukan tidak cukup duit.
Isunya adalah disiplin mengawal perbelanjaan.

Dalam dunia 2026 yang penuh godaan gaya hidup, mereka yang mampu mengawal nafsu berbelanja dan mengutamakan simpanan akan berada selangkah ke hadapan.

Masa depan bukan ditentukan oleh berapa banyak kita belanja, tetapi sejauh mana kita bijak mengurus dan menyimpan.

Ciri Individu Yang Patut Simpan Emas :

    1. Orang yang mahu lindungi nilai duit daripada inflasi.

 

Emas kalis inflasi:

    • Tak boleh dicetak sesuka hati

    • Nilainya tahan lama

    • Terbukti simpan kuasa beli dalam jangka panjang

👉 Sesuai untuk mereka yang fikir 5–10 tahun ke depan.

Inflasi ini pencuri dalam diam. Inflasi ini yang buat kita miskin perlahan-lahan walaupun apabila melihat duit banyak di dalam bank yang tersimpan hasil bertahun kerja, tapi nilai kuasa beli semakin menyusut.

Tahun 2000, 1 troli makanan yang mak ayah kita beli di pasaraya berharga sekitar Rm 150-Rm200 sahaja.

2026 ini, 1 troli makanan berharga Rm 500.

Tahun 2020, 1kg emas berharga RM 30,000.

Tahun 2026, 1kg emas berharga RM 650,000.

Jika anda adalah Jutawan RM 1 juta pada tahun 2000, anda mampu memiliki 33 kg emas.

Tapi Jutawan yang sama pada tahun 2026 ini, memiliki RM 1 juta hanya mampu membeli 1.5 kg emas.

Jadi sangat rugi kan, kalau biarkan kekayaan semakin ditelan inflasi. Terus tukarkan sebahagian kekayaan kita dalam bentuk emas,

Keberanian untuk ubah cara simpanan hari ini akan jadi kenangan manis apabila berjaya di masa hadapan.